arab-business-woman-working.jpeg
Tentang Kami

Cekap, Telus, Dipercayai

Kami adalah sebuah Syarikat Kewangan Berlesen yang bereputasi dengan pengalaman dan kemahiran kami selama bertahun-tahun dalam bidang pembiayaan. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pinjaman menerusi rangkaian cawangan kami di Kuala Lumpur dan Selangor. Tidak kira sama ada anda seorang individu atau syarikat yang memerlukan kemudahan pinjaman, fokus kami adalah untuk memahami keperluan anda dan menyusun pakej kami agar ia sesuai dengan anda.

Kami sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kewangan dengan pakej yang menarik bersama proses kelulusan yang laju. Permohonan boleh dibuat menerusi kemudahan dalam talian yang cepat, mudah dan selamat. Tanpa sebarang caj pemprosesan. Mohon sekarang atau hubungi kami segera. Kami menawarkan konsultasi kewangan dan semakan kelayakan yang percuma.

Mulakan langkah ke arah matlamat kewangan anda hari ini!

Pelanggan Kami

Maklum Balas Pelanggan
Terjemahan dari Bahasa Inggeris: Saya amat berterima kasih terhadap BondfordCredit dan pasukan pakar mereka yang telah membantu saya merealisasikan impian saya. Kredit yang disediakan oleh BondfordCredit telah membekalkan modal benih yang saya perlu untuk melancarkan idea dan rancangan perkembangan bisnes. Realitinya memang sukar untuk mendapat dana pembiayaan awal bagi perusahaan baru. BondfordCredit memahami keperluan start-ups (perusahaan pemula) dan SMEs. Mereka sedia menyesuaikan satu pakej pinjaman perniagaan dengan syarat-syarat yang memudahkan pelaksanaan rancangan perkembangan start-up saya.
Puan Valerie
Pengasas, Ketua Pegawai Teknologi

Proses Permohonan Yang Mudah, Cepat dan Selamat

Kami memahami bahawa proses permohonan pinjaman amat merimaskan. Oleh sebab itu, kami menyediakan kemudahan permohonan dalam talian yang cepat, mudah dan selamat. Proses ini adalah percuma. Kelulusan juga laju dan tepat pada masanya. Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai proses permohonan, hubungi kami segera!

Pilih Jumlah Pinjaman

Hantar permohonan dengan memilih jumlah yang anda ingin pinjam. Tempoh dan kadar faedah yang ditawarkan adalah berdasarkan maklumat yang anda kemukakan semasa membuat permohonan. Selepas permohonan diterima, kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Muat Naik Dokumen

Dokumen yang perlu anda sediakan bergantung kepada pakej yang ditawar. Lazimnya, dokumen-dokumen ini diperlukan untuk kegunaan pendaftaran dan juga membolehkan kami menasihati anda dengan sewajarnya.

Kelulusan Pinjaman

Pasukan profesional kami akan menilai permohonan anda dengan teliti dan tepat. Kami akan menghubungi anda dengan tawaran pakej yang disesuaikan untuk keadaan anda.

Dapatkan Wang Pinjaman Anda

Pinjaman boleh dikeluarkan serta-merta dalam bentuk tunai atau kaedah perbankan internet selepas pinjaman telah diluluskan. Namun, anda diingatkan supaya meneliti dan memahami setiap terma dan syarat sebelum mempersetujukan perjanjian pinjaman.