Perkhidmatan Kami

Kami yakin bahawa kita boleh mencari pelan yang tepat dengan keperluan anda! BondfordCredit.com sedia memacu anda ke arah impian kewangan hidup anda.

Mohon Online
Kelulusan Segera
Kadar Faedah Rendah
Tiada Caj Pemprosesan
Tidak Perlu Penjamin

Pinjaman Perniagaan

Kembangkan Perniagaan Anda Bersama Kami
Pernah terfikir untuk meluaskan perniagaan anda? Perlukan modal untuk pembangunan projek? Atau nak menangani keperluan aliran tunai jangka pendek? Kami faham bahawa ia tidak mudah untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi pinjaman konvensional seperti bank, terutamanya bagi syarikat baru, perusahaan pemula atau perniagaan SME yang tidak mempunyai rekod perniagaan atau kredibiliti yang cukup. Kerana itulah kami di BondfordCredit.com ingin membantu dengan menawarkan pakej pinjaman yang fleksibel untuk memenuhi permintaan perniagaan anda. Pinjaman Perniagaan kami direka khas untuk syarikat yang memerlukan jumlah pinjaman yang lebih tinggi seperti modal perniagaan, pelaburan, peningkatkan pemegangan saham dan pembelian aset. Perkembangan perniagaan anda bermula di sini. Luaskan perniagaan anda agar impian anda menjadi kenyataan!
Mohon Sekarang

Pinjaman Peribadi

Kami Menawarkan Margin Pinjaman Yang Tinggi
Kami faham bahawa ada kalanya kita akan bertemu dengan keadaan yang memerlukan wang berlebihan untuk memenuhi keperluan luar biasa. BondfordCredit.com membolehkan anda menyelesaikan keperluan anda dengan pakej pinjaman yang boleh disesuaikan untuk keadaan unik anda. Tidak kira sama ada anda mempunyai sejarah kredit yang baik ataupun tidak, fokus kami adalah untuk memahami keperluan anda dan menyusun pakej kami agar ia sesuai dengan anda. Hubungi kami segera! Pasukan profesional kami sedia menasihati anda dengan konsultasi kewangan yang percuma. Pinjaman Peribadi kami fleksibel dan disusun khas untuk membantu anda memenuhi keperluan pembiayaan peribadi, seperti yuran pengajian, pembaikan rumah, pembayaran balik kad kredit, atau perbelanjaan bagi tujuan persendirian yang lain. Menjaga keperluan kewangan anda bersama kami.
Mohon Sekarang

Pinjaman Wang Tunai Segera

Matlamat Kami Menyalurkan Wang Pinjaman Kepada Anda Secepat Mungkin

Pinjaman tunai segera boleh diambil oleh individu yang mempunyai kecemasan atau kewajipan kewangan diluar jangkaan yang perlu ditangani, seperti bil perubatan besar atau bil utiliti yang tinggi. Ia adalah pilihan pembiayaan yang berguna, terutamanya bagi individu yang tidak mempunyai masa untuk menunggu proses kelulusan bank, atau individu yang mempunyai sejarah kredit lemah yang berkemungkinan besar akan ditolak oleh kebanyakan institusi lain.

Kami berusaha untuk membantu anda mencari penyelesaian kewangan yang sesuai dan tepat dengan keperluan anda. Apabila anda memerlukan wang tunai cepat, dapatkan Pinjaman Wang Tunai Segera dari kami dengan kelulusan segera, dan wang pinjaman yang boleh disalurkan kepada anda dalam hari yang sama. Hubungi kami secara langsung untuk mendapatkan maklum balas segera!

Mohon Sekarang

Proses Permohonan Yang Mudah, Cepat dan Selamat

Kami memahami bahawa proses permohonan pinjaman amat merimaskan. Oleh sebab itu, kami menyediakan kemudahan permohonan dalam talian yang cepat, mudah dan selamat. Proses ini adalah percuma. Kelulusan juga laju dan tepat pada masanya. Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai proses permohonan, hubungi kami segera!

Pilih Jumlah Pinjaman

Hantar permohonan dengan memilih jumlah yang anda ingin pinjam. Tempoh dan kadar faedah yang ditawarkan adalah berdasarkan maklumat yang anda kemukakan semasa membuat permohonan. Selepas permohonan diterima, kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Muat Naik Dokumen

Dokumen yang perlu anda sediakan bergantung kepada pakej yang ditawar. Lazimnya, dokumen-dokumen ini diperlukan untuk kegunaan pendaftaran dan juga membolehkan kami menasihati anda dengan sewajarnya.

Kelulusan Pinjaman

Pasukan profesional kami akan menilai permohonan anda dengan teliti dan tepat. Kami akan menghubungi anda dengan tawaran pakej yang disesuaikan untuk keadaan anda.

Dapatkan Wang Pinjaman Anda

Pinjaman boleh dikeluarkan serta-merta dalam bentuk tunai atau kaedah perbankan internet selepas pinjaman telah diluluskan. Namun, anda diingatkan supaya meneliti dan memahami setiap terma dan syarat sebelum mempersetujukan perjanjian pinjaman.
Multiracial group of young creative people in smart casual wear discussing business brainstorming meeting ideas mobile application software design project in modern office. Coworker teamwork concept.

Kelayakan

Pelan Pembiayaan Pinjaman

Jadual ini adalah contoh pelan pembiayaan pinjaman dan bayaran ansuran tetap yang perlu dibayar sepanjang tempoh pembiayaan. Pelan ini dikira berdasarkan jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah tahunan (APR) di antara 8% - 15%. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pinjaman dan kadar semasa, sila menghubungi kami dengan 010-2336531 .

Kami di Bondfordcredit.com yakin bahawa kita boleh mencari penyelesaian kewangan dengan cepat dan menyediakan pakej pinjaman yang terbaik untuk anda.

Jumlah Pinjaman (RM) 12 bulan 24 bulan 36 bulan 48 bulan 60 bulan 72 bulan
5,000 467 258 189 254 133 119
10,000 933 517 378 308 267 239
20,000 1,867 1,033 756 617 533 478
40,000 3,733 2,067 1,511 1,233 1,067 956
60,000 5,600 3,100 2,267 1,850 1,600 1,433
80,000 7,467 4,133 3,022 2,467 2,133 1,911
  • Kadar faedah tahunan (APR) adalah di antara 8% – 15%.
  • Kadar faedah tahunan pinjaman muktamad akan bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang dipilih. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej pinjaman dan kadar semasa, sila menghubungi kami.
  • Tempoh minimum pembayaran balik: 3 bulan, *tempoh pembayaran boleh dirunding.
  • Tiada sebarang caj pemprosesan. Tiada kos tersembunyi. Jumlah pinjaman, tempoh dan kadar faedah yang ditawarkan adalah berdasarkan penilaian maklumat yang anda kemukakan semasa membuat permohonan. Sila menghubungi kami jika anda mempunyai keperluan yang istimewa. Kami sedia menasihati anda mengenai pelan yang terbaik untuk keperluan anda.
  • Contoh:

Jumlah Pinjaman: RM5000 dan tempoh pinjaman 3 bulan. Faedah: RM448. Jumlah yang dibayar pada tempoh tamat pembiayaan: RM5448